Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN).
Berdasarkan laporan, keadaan Haron Din yang sebelum ini kritikal, kini semakin stabil dan dijangkan akan terus menjalani rawatan dan berehat di hospital tersebut.
Haron kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Komprehensif (CCU) IJN dan dimasukkan ke wad tersebut sejak petang Khamis lalu.
Meskipun kedua-dua pemimpin itu pernah berselisih pendapat, namun ia tidak menghalang mereka untuk saling menziarahi serta memupuk ikatan persaudaraan seperti yang dituntut oleh Islam.
Dalam perkembangan isu kalimah Allah pula, Dr Mahathir dan Haron didapati sependapat dalam mempertahankan kalimah itu agar digunakan secara eksklusif oleh umat Islam.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gambar Tun Mahathir Ziarah Haron Din Di IJN"
Posting Komentar