Keputusan Penuh Liga Perdana Malaysia 27 Januari 2014 | BERIKUT jadual perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia 2014 yang berlangsung pada Isnin 27 Januari 2014.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) melonjak ke tangga teratas Liga Perdana selepas mencatatkan kemenangan besar 5-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam Isnin.
Kemenangan tersebut membolehkan skuad kendalian Dollah Salleh itu mengungguli persada liga dengan enam mata selepas dua perlawanan, sama dengan Kedah yang menduduki tangga kedua dengan perbezaan jaringan.
PDRM membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi Bobby Gonzales sebelum Pulau Pinang menyamakan kedudukan menerusi Yong Kuong Yong pada minit ke-18.
Bagaimanapun, PDRM menguasai perlawanan pada babak pertama dengan menambah dua lagi gol menerusi jaringan Fadhil Mohd Hashim pada minit ke-27 dan Shahril Izwan Abdullah pada minit ke-38.
Pada babak kedua, PDRM menambah dua lagi gol menerusi Ashafaq Ali pada minit ke-60 sebelum Chad Charles Souza menutup tirai jaringan enam minit kemudian.
Di Stadium Hang Jebat, Melaka, penyerang import dari England, Billy Osman Mehmet membantu Kedah mengalahkan DRB-Hicom FC 2-0 dengan jaringan pada minit ke-35 dan 93'.
Di Stadium Likas Kota Kinabalu, Sabah gagal menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri apabila tewas 3-1 kepada Felda United FC.
Rozaimi Abdul Rahman meletakkan Sabah di hadapan pada minit ke-19 tetapi gagal mengekalkan kedudukan apabila Felda United bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Zah Rahan Krangar pada minit ke-45.
Pada babak kedua, Edward Wilson mengesahkan kemenangan pertama Felda United dengan jaringan pada minit ke-50 dan 77'.
Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Khairol Azry Abdul Rahman membantu S.P.A Putrajaya mengatasi Perlis 1-0 dengan jaringan pada minit ke-56.
Sementara itu, UiTM FC dan Johor Darul Ta'zim II seri 1-1 di Stadium UiTM Shah Alam manakala pendatang baharu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP FC) pula seri tanpa jaringan dengan Negeri Sembilan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. BERNAMA
PBAPP FC 0 lwn 0 Negeri Sembilan (4.45 petang)
PDRM 5 lwn 1 Pulau Pinang (4.45 petang)
UiTM FC 1 lwn 1 Johor Darul Ta'zim II (4.45 petang)
Perlis 0 lwn 1 SPA Putrajaya FC (8.45 malam)
DRB-Hicom FC 0 lwn 2 Kedah (4.45 petang)
Sabah 1 lwn 3 Felda United FC (8.15 petang)
Keputusan Terkini Klik Di SINIKEDUDUKAN LIGA PERDANA MALAYSIA 2014
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Keputusan Penuh Liga Perdana Malaysia 27 Januari 2014"
Posting Komentar