Jika Liga Super kembali membuka tirainya minggu lalu, kini giliran saingan Liga Perdana mewarnai Liga Malaysia dengan 6 pasukan memperoleh tonik terbaik mencatat kemenangan dalam pusingan pertama Piala FA Selasa lalu.
Enam pasukan Liga Perdana yang berjaya mara ke pusingan kedua Piala FA, Felda United, Kedah, Perlis, Pulau Pinang PBAPP, PDRM dan Sabah sudah pasti mahu meneruskan momentum kemenangan mereka berdepan lawan masing-masing dalam saingan Liga Perdana yang membuka tirainya Jumaat ini.
Tumpuan pasti terarah kepada Johor yang kini dikenali sebagai Johor Darul Takzim II (JDT II) dan Kedah yang menamatkan saingan liga di tempat ketiga dan keempat musim lalu.
JDT II yang diketuai jurulatih Azmi Mohamed, mempunyai bekas kapten Lions XII, Shahril Ishak serta Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak memperkuat pasukan dalam misi memburu kejuaraan liga.
Felda United serta Negeri Sembilan yang disingkirkan ke saingan Liga Perdana musim ini pasti mahu terus memberi tekanan dalam misi kembali ke saingan Liga Super 2015.
Tidak boleh diketepikan juga cabaran pasukan Pulau Pinang yang kembali bersaing di Liga Perdana selepas menjuarai Liga FAM tahun lalu.
Walaupun Pulau Pinang tewas di saingan Piala FA kepada Sarawak tempoh hari namun, anak buah K. Devan sudah pasti mahu bangkit mencipta kemenangan pertama di liga menentang Sabah di laman sendiri.
Apa yang pasti, saingan Liga Perdana musim ini tidak kurang hebatnya menampilkan beberapa jurulatih berprofil tinggi, Dollah Salleh, V. Sundramoorthy serta K. Devan yang mampu mengangkat martabat liga musim baru ini.
Jangan lupa saksikan siaran langsung perlawanan Liga Perdana di antara Kedah dan Perlis pada Jumaat bermula dengan pra rancangan pada jam 8 malam - Astro Arena. KLIK LINK DI SINI
Jadual Perlawanan Dan Keputusan Liga Perdana Malaysia 2014 - Perlawanan Pertama
Keputusan terkini di SINI
Johor FA 1
PDRM FA 3
Kedah 4
Perlis 1
Negeri Sembilan 2
DRB-Hicom 1
Penang 3
Sabah 1
FELDA 1
PBAPP 1
SPA 0
Pahang UiTM 1
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Keputusan Penuh Liga Perdana Malaysia 24 Januari 2014"
Posting Komentar