Sebanyak 13 barangan telah diletakkan di bawah skim kawalan harga bagi Tahun Baru Cina yang akan berkuatkuasa mulai 26 Januari hingga 9 Februari.
Barangan tersebut ialah ayam hidup, ayam standard (disembelih dan dibersihkan beserta kaki, kepala, hati, hempedal atau mana-mana bahagian), ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal), telur ayam gred A, gred B dan gred C.
Barangan lain ialah kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing), bawang putih (China), ikan bawal (berat 200 gram hingga 400 gram seekor), udang putih besar (berat antara 41 ekor hingga 60 ekor sekilogram), babi hidup (dikawal peringkat ladang), daging babi (perut) dan daging babi (daging dan lemak).
Harga kubis bulat (dari Indonesia dan China, tidak termasuk kobis Beijing, adalah RM3.30 sekilogram), bawang putih dari China (RM5 per kg), ikan bawal putih (dari 200g ke 400g, RM37 sekilogram), udang besar (RM38 per kg), perut babi (RM22 per kg), daging dan lemak babi (RM16 per kg).
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang mengumumkan senarai harga barang di sini pada Rabu mengingatkan peniaga untuk menggunakan tag merah jambu bagi membezakan barang kawalan dengan barang-barang lain.
Beliau berkata tempoh penguatkuasaan skim itu juga telah dilanjutkan lebih tiga hari ke 15 hari berbanding 12 hari tahun lepas.
"Ia untuk untuk membendung kenaikan harga yang tidak munasabah semasa musim perayaan," katanya - mStar online
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Senarai 13 Harga Barang Kawalan Tahun Baru Cina 2014"
Posting Komentar