Soalan:
Dalam Kitab Sabilul Muhtadin sifir jarak jauh ini ditulis lagi bahawa satu mil ialah bersamaan 6000 hasta. Kalau dikira 1 hasta bersamaan 1.5 kaki maka jadilah 1 mil itu bersamaan dengan 9000 kaki atau 2.7432 km dan kalau angka ini di kali dengan 48 mil maka ukuran jauh untuk 2 marhalah ialah 131.6736km. Lebih 41km lagi dari 89 km.Adakah unit mil dalam dalam kitab itu bermaksud ‘mile’ (batu), kalau ‘ya’ betullah fatwa 89km. Bagaimana kalau mil itu adalah unit khas seperti barid, farsakh, hasta, jari, syaghir dan rambut kuda dalam sifir untuk ukuran panjang atau jarak jauh yang ditulis oleh Al Banjari lebih 200 tahun lalu tanpa mahu mengguna unit ukuran penjajah.
Sekian, terima kasih.
Jawapan:
Ukuran KM adalah ukuran baru zaman ini. Oleh itu, apabila kita ingin memakai ukuran tersebut bagi masalah fekah kita hari ini, maka rujukan muktamad ialah Fuqahak semasa hari ini kerana mereka lebih mengetahui zaman ini termasuk ukuran yang diguna pakai hari ini. Merujuk kepada kitab-kitab Fiqh semasa hari ini, 2 marhalah ditetapkan -mengikut ukuran KM- antara 85KM – 90KM.
Menurut Mu’jam Lughatul-Fuqahak tulisan Prof. Dr. Muhammad Rawas Qal’ah Ji; satu marhalah diandaikan sebanyak 24 Mil Hasyimi (atau 8 Farsakh) dan ia menyamai 44 790 Meter (yakni; 44.790 KM). Jadi, dua marhalah menyamai; 89580 Meter (iaitu lebih kurang 89 KM atau 90 KM).[1]
Dr. Wahbah az-Zuhaili dalam kitab Fiqhnya “al-Wajiz” menganggarkan jarak dua marhalah ialah 88.704 KM.[2]Syeikh Muhammad ‘Ali as-Shabuni menganggarkan 84 KM.[3]
Wallahu a’lam.
- Lebih terperinci; 1 Mil menyamai 1000 depa (الباع) . 1 depa menyamai 4 hasta (الذراع). 1 hasta menyamai ukuran hari ini; 46.656 cm. Jadi, 1 depa menyamai; 186.624 cm (yakni 46.656 cm x 4). Maka, jarak 1 Mil menyamai 186624 cm (iaitu 1866.24 meter atau 1.866 KM). Oleh kerana 1 Marhalah adalah 24 Mil, maka jaraknya dalam KM ialah; 44789.76 meter atau 44.790 KM. Dan dua marhalah ialah; 89580 Meter (iaitu lebih kurang 89 KM atau 90 KM). Lihat; Mu’jam Lughatul-Fuqahak, hlm. 420.
- Jil. 1, hlm. 266.
- Lihat kitab beliau “al-Fiqh asy-Syar’ie al-Muyassar”, hlm. 131.
Saksikan Video Apa Kata Ustaz Azhar Idrus berkenaan dengan jarak 2 marhalah ini
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Jarak Sebenar 2 Marhalah Dalam KM"
Posting Komentar