Senarai 12 Buku Yang Memudaratkan Ketenteraman Awam Dan Moral | Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan terhadap 12 buku kerana didapati mengandungi unsur-unsur yang boleh memudarat ketenteraman awam dan moral.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pewartaan perintah larangan itu adalah mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
"Adalah menjadi satu kesalahan mengikut subseksyen 2 Seksyen 8 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan.
"Menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Selasa.
Pewartaan itu berkuatkuasa pada 6 Jan dan 9 Jan lepas.
Mereka sabit melakukan kesalahan itu boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Buku-buku itu ialah
1) "Akhirnya Ku Temui Kebenaran" karangan Dr Muhammad Al-Tijani Al-Samawi/Terjemahan Kumpulan Pengajian Islam UIA;
2) buku "Agama Politik Nalar Politik Islam (Ahmad Vaezi/Ali Syahab);
3) "99 Wasiat Imam Ja'far Ash-Shadiq Lentera Ilahi" (Imam Ja'far Ash-Shadiq/Rahmani Astuti); 4) "Saling Memberi Saling Menerima" (Sayyid Mahdi As Sadr /Ali Bin Yahya);
5) "Fatwa-Fatwa 2 Soal-Jawab Seputar Muamalah Ahlulbait" (Ayatullah Al-Uzhma Imam Ali Khamenei/Mubsin Labib).
6) Buku "Teladan Abadi Ja'far Shadiq Sang Mahaguru" (Husain Nahrawi);
7) "Teladan Abadi Hasan Askari Tumpuan Kaum Papa" (M.Ilyas & Hasan Al-Habsyi);
8) "Teladan Abadi Husain Syahid" (Abdullah Beik).
9) Buku "Fatimah Az-Zahra' & 9 Keturunannya Yang Mulia" (Tarikuddin Bin Haji Hassan);
10) "Imamul Muhtadin 'Ali Bin Abi Thalib" (H.M.H Al-Hamid Al-Husaini);
11) "Meniti Titian Kebenaran" (Khair Izzah);
12) "Memories Of Muhammad: Why The Prophet Matters" (Omid Safi).
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Senarai 12 Buku Yang Memudaratkan Ketenteraman Awam Dan Moral "
Posting Komentar