Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu Negeri Selangor 2015/ 2016 | Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu di Negeri Selangor (eSPPSel) boleh dibuat melalui Aplikasi Atas Talian sahaja.
Ibu bapa / penjaga boleh melakukannya sendiri melalui mana-mana komputer yang ada capaian internet atau mendapatkan pertolongan dari pihak sekolah.
Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang lahir pada tahun 2008 dan 2009 boleh membuat Pendaftaran Murid Tahun Satu Negeri Selangor Tahun 2015 – 2016.
Permohonan ini akan dibuka kepada orang ramai pada 01 Mac 2014 hingga 30 April 2014 melalui pautan perkara tersebut di laman sesawang Jabatan Pelajaran Selangor
Selepas tarikh tersebut permohonan akan ditandakan sebagai permohonan lewat dan tertakluk kepada akibat daripadanya.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Permohonan Kemasukan Murid Tahun Satu Negeri Selangor 2015/ 2016"
Posting Komentar