Feri Sewol yang karam di perairan Korea Selatan, Rabu lalu.
Penyelam berdepan dengan ombak yang kuat dan air pasang besar sehingga gagal untuk masuk ke dalam feri yang kini tertangkup sepenuhnya di dalam laut.
Feri mula tenggelam pada Rabu ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Incheon ke pulau peranginan popular, Pulau Jeju.
Pegawai pengawal pantai Korea kini menumpukan siasatan mengenai kemungkinan kecuaian kru kapal dan kerosakan pada struktur feri walaupun kapal itu dilaporkan sudah melepasi pemeriksaaan keselamatan dan insurans.
Kapten feri, Lee Joon-seok, kini berdepan siasatan jenayah mengikut undang-undang Korea Selatan.
Ahli keluarga dan waris mangsa yang maut menyalahkan kapten dan syarikat feri di atas kecuaian tersebut - mStar online
Belum ada tanggapan untuk "Angka Korban Feri Karam Di Korea Selatan Meningkat "
Posting Komentar