Kementerian Pendidikan Nafi Keluarkan Iklan 'Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar'| Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan kononnya mengeluarkan atau mengedarkan surat panggilan temuduga untuk tawaran biasiswa dan pinjaman pendidikan program institusi pengajian tinggi di UiTM, UPM, USM, Uniten serta universiti luar negara.
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi dalam kenyataan di sini, hari ini, memaklumkan, ini berikutan aduan diterima KPM mengenai iklan yang dikeluarkan pihak yang dikenali sebagai 'Pusat Urusetia Pengambilan Pelajar'.
"KPM juga tiada kaitan dengan iklan berkenaan dan menegaskan supaya ibu bapa dan pelajar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan iklan tersebut," menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, orang ramai mempunyai pertanyaan berkaitan diminta menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi melalui talian 03-8870 6767/6777 atau melayari laman web rasmi kemasukan di http://upu.moe.gov.my. - myMetro
Gambar sumber moe.gov.my
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Awas Surat Tawaran Palsu Untuk Temuduga Biasiswa Dan Pinjaman Pendidikan "
Posting Komentar