BR1M 4.0 Tahun 2015 Dengan Tambahan RM300 | SHAH ALAM – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan ditambah baik mulai tahun depan ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus oleh kerajaan mulai 1 April 2015.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, penambahbaikan BR1M 4.0 pada tahun depan dilihat penting kerana pelaksanaan itu akan memberi kesan minima kepada masyarakat.
BR1M Khas GST itu katanya akan bermula 1 Januari 2015 apabila penambahbaikan pemberian itu dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Bajet 2015 Oktober depan.
“Apabila kita maklumkan bajet akan datang (Oktober 2014) segalanya bermula pada 1 Januari. Bagaimana kaedah BR1M pada tahun hadapan itu kita akan fikirkan kemudian sebab tahun ini nampak BR1M ada pembaikan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan kali ke-16 Pertubuhan Pengusaha dan Pemandu Teksi, Limosin dan Kereta sewa Malaysia (Petekma) di Shah Alam.
GST katanya, hanya akan memberi impak minima kepada perbelanjaan isi rumah.
Menurutnya, dengan itu sistem ini diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.
“Tujuannya apabila ada yang mendapat BR1M sejumlah RM1,000 itu ada sedikit kesan GST kepada perbelanjaan mereka dan jumlah itu ditampung oleh BR1M yang diberi sebagai satu tambahan kepada kumpulan isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah,” katanya.
RM300 yang merupakan tambahan kepada jumlah sedia ada kepada penerima BR1M 4.0.
Ini bermakna penerima yang menerima RM650 (bagi kelayakan isi rumah RM3,000 dan ke bawah), akan layak menerima tambahan RM300 sebagai bayaran khas GST 2015.
Begitu juga penerima RM450 (bagi isi rumah RM3,000-RM4,000) dan RM300 (bujang berpendapatan RM2,000 dan ke bawah) - ABN News
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "BR1M 4.0 Tahun 2015 Dengan Tambahan RM300"
Posting Komentar