Keputusan I Am Singer 2014, Shila Amzah No 3 | Kuala Lumpur: Penyanyi Shila Amzah berjaya mendapat tempat ketiga pada pertandingan akhir I Am A Singer 2014 yang berlangsung di Changsha, China, malam tadi. Ia disiarkan secara langsung menerusi HunanTV Channel.
Juara musim kedua program itu disandang Han Lei dari China manakala naib juara jatuh kepada penyanyi Hong Kong, G.E.M.
Pada malam akhir, Shila bersaing dengan empat lagi peserta termasuk rakan senegara Gary Chaw, Zhang Jie (China), Phil Chang (Taiwan) dan Zhou Bichang (China).
Pada pusingan pertama, Shila berduet dengan penyanyi hebat China, Huang Qishan menerusi lagu ‘When You Believe’ yang pernah dipopularkan Whitney Houston dan Mariah Carey. Di atas persembahan itu, Shila menerima undian ketiga tertinggi dan mara ke pusingan kedua untuk aksi solo.
Pada pusingan kedua pula Shila beraksi solo dengan menyampaikan lagu popular KPop berjudul ‘Mama’ nyanyian asal Exo-M.
Shila menyertai program realiti nyanyian paling popular di China itu bermula minggu ketujuh pertandingan pada 21 Februari lalu.
Pada minggu itu, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua, sekali gus meneruskan kemaraan ke minggu berikutnya.
Shila meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga) - myMetro
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Keputusan I Am Singer 2014, Shila Amzah No 3"
Posting Komentar