Kerajaan Johor Nafi Cuti Mingguan Tukar Kembali Ke Sabtu Dan Ahad | Batu Pahat: Kerajaan negeri menafikan cuti mingguan negeri ini akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad seperti yang didakwa sesetengah pihak di laman sosial sejak dua minggu lalu.
Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, perkara itu tidak berbangkit sama sekali dan tidak pernah dibincangkan di peringkat kerajaan negeri.
"Itu tidak benar sama sekali, jangan dengar khabar angin dari laman sosial," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Road to Maha 2014 peringkat negeri Johor,di Dataran Penggaram, sebentar tadi - myMetro
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Kerajaan Johor Nafi Cuti Mingguan Tukar Kembali Ke Sabtu Dan Ahad"
Posting Komentar