UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG). Calon yang terpilih mesti menduduki UKCG. Ujian ini terdiri daripada tiga (3) sesi iaitu :
i. Sesi Ujian Bertulis.
a. Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.
ii. Sesi Ujian Kecergasan Fizikal
a. Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal.
b. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani
Ujian Amali Pendidikan Jasmani.
c. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum
ujian dilaksanakan.
iii. Sesi Ujian Amali.
a. Calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
CONTOH SOALAN UKCG DI SINI
SESI TEMU DUGA - Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG
- Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG.
- Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.
PEMILIHAN - Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).
Panduan penting UKCG
Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.
PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) PROGRAM GURU TAJAAN KPM BAGI LULUSAN SPM 2014:
Penampilan dan pakaian lelaki dan perempuan:
- Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan T-shirt putih yang berkolar bagi lelaki / T-shirt putih lengan panjang bagi perempuan. SELUAR JEANS TIDAK DIBENARKAN.
- Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.
- Lelaki mesti berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan.Bagi perempuan bertudung mesti memakai tudung gelap/hitam/ berambut kemas serta diikat rapi.
SOLAN LAZIM mengenai pakaian yang telah ditetapkan:
1. Tidak perlu memakai pakaian formal ke semasa mengambil ujian bertulis UKCG?
2. Kena berkolar ke bagi lelaki?
3. Mesti ke memakai T-shirt putih dan bukannya memakai pakaian formal seperti baju kurung, kemeja dan sebagainya?
4. Perlu bawa apa semasa ujian bertulis?
JAWAPAN:
Seperti yang tertera pada surat panggilan UKCG, calon mesti berpakaian T-shirt putih dan track bottom seperti yang sedia maklum. Tidak perlu keliru dengan etika pemakaian yang telah ditetapkan. Tidak perlu berpakaian formal semasa mengambil ujian bertulis kerana tidak dinyatakan dalam surat. Bagi calon lelaki, sebaiknya memasukkan baju dalam seluar supaya kelihatan lebih kemas.
Barangan atau alatan yang perlu dibawa semasa ujian bertulis:
a. Kad pengenalan/ MyKad dan Surat Beranak
b. Surat panggilan UKCG
c. Slip kehadiran perlu diserahkan kepada Pengawas/ pengawal di pusat ujian
d. Pensel 2B dan pemadam.
Belum ada tanggapan untuk "Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) Untuk Kemasukan Ke IPG"
Posting Komentar