Gambar Tumpahan Minyak Dikesan Di Kawasan Pencarian Pesawat AirAsia QZ8501. Misi pencarian pesawat hilang AirAsia Indonesia memasuki hari kedua hari ini. Pesawat Hercules Alpha 1319 milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah mengesan tumpahan minyak di perairan Tanjung Pandan Pulau Belitung, berdekatan dengan lokasi di mana pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara (ATC) pada pagi Ahad
Agensi berita Detiknews melaporkan terdapat tumpahan minyak, meliputi dua tompokan besar dan satu lagi kecil dikesan pesawat tersebut pada pukul 2.35 petang Isnin waktu tempatan (3.35 petang waktu Malaysia).
Tumpahan minyak ini dikesan pesawat milik TNI itu selepas menyusuri bahagian timur Tanjung Pandan, Belitung. Menurut kru pesawat, jika air kelihatan berwarna seperti pelangi, ia menandakan terdapat minyak yang tumpah di perairan.
Bagaimanapun, belum disahkan sama ada tumpahan minyak itu adalah milik pesawat AirAsia Indonesia yang hilang, atau ia mungkin minyak kapal yang melalui perairan itu.
Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal hilang pagi Ahad dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura - mStar online & detiknews
BERITA TERKINI LAIN
BERITA TERKINI PESAWAT AIRASIA QZ 8501 HILANG DI SINI
BERITA PESAWAT AIRASIA QZ 8501 DILAPORKAN TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG INDONESIA DI SINI
SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT AIRASIA QZ 8501 YANG HILANG DI SINI
VIDEO SIDANG MEDIA PESAWAT AIR ASIA QZ8501 HILANG DARI SURABAYA KE SINGAPURA 28-12-2014 DI SINI
PESAWAT AIRASIA HILANG DILAPORKAN TERBANG RENDAH DAKWA KAPTEN KAPAL DI SINI Sii Chung Huei RAKYAT MALAYSIA TUNGGAL DI PESAWAT QZ8501 DI SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gambar Tumpahan Minyak Dikesan Di Kawasan Pencarian Pesawat AirAsia QZ8501"
Posting Komentar