Sementara itu, Pembantu Ketua Daerah Belitung Timur, Yuhinu ketika menghubungi bangkapos.com hari ini memberitahu, seorang saksi, Pak Danlanud menghubunginya dan beritahu bahawa ada pesawat Airbus jatuh di sekitar perairan Belitung Timur. - Agensi

BERITA TERKINI PESAWAT AIRASIA QZ 8501 HILANG DI SINI

Perairan Belitung Indonesia

Seorang rakyat Malaysia disahkan antara penumpang dalam pesawat AirAsia dari Surabaya ke Singapura yang dilaporkan hilang pagi ini.

Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa berkata, berdasarkan daftar penumpang pesawat dengan nombor penerbangan QZ8501, 149 penumpang lain terdiri daripada warganegara Indonesia.

“Warganegara Singapura seorang, United Kingdom seorang dan Korea Selatan tiga orang termasuk bayi,” kata Hadi dalam wawancara dengan stesen televisyen Metro TV sebentar tadi.

SENARAI NAMA PENUMPANG PESAWAT AIRASIA QZ 8501 YANG HILANG DI SINI

Pesawat AirAsia QZ 8501 Dilaporkan Terhempas Di Perairan Belitung Indonesia

Pesawat tersebut berlepas dari Surabaya pada jam 5.20 pagi dan sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada 7.24 pagi waktu tempatan.