Berita Terkini Misteri Beg Merah Di Stesen Minyak Jalan Tebrau JB 13-1-2015. Stesen minyak di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Johor di sini menjadi tumpuan selepas pasukan keselamatan termasuk anggota pemusnah bom polis dan anggota bomba dilihat mengawal keadaan sebelum letupan kecil kedengaran kira kira 1.40 petang tadi.
Suasana ketika ini terkawal walaupun letupan berkenaan adalah kali kedua dilakukan oleh pasukan keselamatan selepas letupan kecil pertama pada 1.20 petang tadi untuk memusnahkan beg bewarna merah yang berada di luar stesen minyak berkenaan.
Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi berdepan dengan bangunan City Plaza di sini ditutup bagi lalu lintas namun laluan bertentangan masih dibuka untuk trafik.
Difahamkan pekerja stesen minyak membuat panggilan beberapa jam sebelum letupan memaklumkan mengenai sebuah beg bewarna merah diletakkan seseorang di luar premis.
Petugas media dan orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri lokasi terbabit atas sebab keselamatan selain saksi termasuk pekerja dan pemilik pengusaha minyak enggan memberi sebarang komen - myMetro & BH online
Terkini dari Astro Awani - Beg yang ditinggalkan di luar stesen petrol di Jalan Tebrau tidak mengandungi bahan letupan - OCPD JB Selatan Sulaiman Salleh
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Berita Terkini Misteri Beg Merah Di Stesen Minyak Jalan Tebrau JB 13-1-2015"
Posting Komentar