Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).
Jawatan yang ditawarkan termasuk dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran. Antara syarikat yang terlibat ialah Maybank, Telekom Malaysia (TM), Malaysia Airlines (MAS) dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.
Graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga akan mempunyai peluang untuk diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri untuk tempoh antara lapan bulan dan setahun.
Maklumat lanjut sebagai peserta atau syarikat untuk menyertai program SL1M adalah seperti berikut. Anda boleh layari Laman Web SL1M di SINI :-
Struktur Latihan dan ModulModul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:
Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan(Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)KomunikasiKemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatifPenyesuaian OrganisasiNilai-nilai maju diri serta ProfesionalEtika Korporat, Pemakaian dan AdabModul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:
Latihan di dalam kelasKomunikasi Perniagaan dalam Bahasa InggerisKemahiran Penguasaan Bahasa InggerisPengurusan KewanganKeusahawananpenguasaan Motivasi DiriPenguasaan Disiplin DiriPemantapan Rohani dan JasmaniInteraksi Sosial dan Hubungan Silaturahim
Latihan di luar kelasPenerapan Semangat BerpasukanAktiviti Pengurusan Acara/MajlisProjek Tanggungjawab Sosial KorporatLatihan Fizikal dan Penerapan DisiplinTekwandoAktiviti BerkawadSukan dan Kokurikulum LuarMeningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni
Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)(Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)
Penempatan PekerjaanPeserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir
TERMA DAN SYARAT SL1M1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia
Cara-cara mendaftar SL1M1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan2. Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan
Klik Borang Permohonan SL1M
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Borang Permohonan SL1M (Skim Latihan 1Malaysia)"
Posting Komentar