Video Gadis Melayu Dipeluk Dan Dicium Artis KPOP B1A4. Beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di Live Center Kuala Lumpur semalam (10/1/2015) telah tersebar. Gadis ini dipeluk dan dicium oleh beberapa orang anggota kumpulan B1A4. Sungguh memalukan nama Islam.
Dipetik dari FB Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman, Astaghfirullahal 'Azim, Program K POP ini baru benar-benar gerakan liberal atau lebih teruk dari liberal. Jauh lebih teruk dari memeluk anjing. Bapa & suami menjadi dayus dengan membiarkan anak gadis atau isterinya diperlakukan sedemikian, Gadis menjadi hilang bermaruah malah bergembira secara terbuka melakukan dosa. Biarkan diri dicabul atas nama suka dan disorak pula.
Tudung yang sepatutnya menutup aurat tubuh dari DILIHAT, nampaknya hanya sekadar hiasan & fesyen hingga membiarkan diri disentuh dan dipeluk cium.
Video ini telah tersebar dan si pelakunya juga tahu program ini tersiar langsung di media maka siarannya di sini tiada membuka aib sedang pelakunya. Taubat wajib bagi mereka yang terlibat namun malang kerana video dosa mereka bakal tersebar selagi wujud youtube.
Pihak media, ulama, tokoh dan pihak berkuasa agama wajar beri liputan hangat mengutuk seperti dilakukan ketika mengecam program-program menyentuh anjing kerana DOSA pelukan sepeti dalam video ini DAN pengaruhnya jauh lebih besar kepada masyarakat.
Ya Allah, berikanlah hidayah kepada kami dan mengenal dosa dan pahal serta mampu menjauhi kemurkaanMu.
TIDAK PERLU maki hamun di ruangan komen kerana tiada banyak nilainya, berfikir dan bertindaklah menasihati gadis-gadis peminat kpop di sekeliling kalian.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gadis Melayu Dipeluk Dan Dicium Artis KPOP B1A4"
Posting Komentar