Harga Kereta Malaysia Akan Naik Dalam Masa 6 Bulan? Institut Automotif Malaysia (MAI) menafikan laporan berita yang menyebut bahawa harga kereta dijangka naik dalam masa enam bulan dari sekarang.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Madani Sahari berkata, pihaknya tidak bercakap soal kenaikan harga kereta dalam masa terdekat.
“Dalam taklimat tersebut, MAI tidak bercakap mengenai sebarang kenaikan harga kereta dalam masa terdekat.
“Walau bagaimanapun, terdapat satu soalan yang dibangkitkan oleh salah seorang wartawan mengenai kemungkinan peningkatan memandangkan kenaikan nilai dolar AS,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Beliau menegaskan, tidak menyebut sebarang kenaikan harga kereta dan fokus penyampaian hanya kepada ramalan bagi tahun ini.
“Kesimpulannya, soal kenaikan harga kereta tidak disebut dan mana-mana rujukan terhadap kesan dibuat ke arah industri automotif keseluruhannya.
“Fokus penyampaian adalah menjelaskan Jumlah Total Industri (TIV) pada tahun 2014 dan ramalan dalam 2015,” katanya.
Sebelum ini, Mohamad Madani dilaporkan berkata kenaikan harga kereta itu berkaitan dengan trend ekonomi global yang menyaksikan harga minyak mentah terus merudum - Sinar Harian
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "MAI Nafi Harga Kereta Malaysia Akan Naik Dalam Masa 6 Bulan"
Posting Komentar