Nissan X-Trail Baru 2015 Spesifikasi Dan Harga. Walaupun baru dilancarkan secara rasmi di Malaysia akhir minggu lepas, tempahan awal Nissan X-Trail terbaharu mencapai sehingga 1,300 unit. Pencapaian ini banyak juga dipengaruhi dengan pelbagai ulasan positif mengenai ‘crossover’ ini di pasaran-pasaran yang sudah terlebih dahulu memperkenalkanya. Dan juga kerana rekaannya – jika generasi terdahulu X-Trail ini sangat konvensional (atau lebih jujur, rekaan yang membosankan), model generasi ketiga ini jauh lebih moden dan bergaya.
Edaran Tan Chong menjual X-Trail yang dipasang di Malaysia ini di dalam 2 varian:- 2.5L pacuan 4 roda (4WD), dan
- 2.0L pacuan 2 roda (2WD)
Varian 2.5L 4WD
Dilengkapi All Mode Intelligent 4x4 System (4x4-i) untuk mod memandu yang berbeza berdasarkan keadaan jalan raya. Ia menawarkan tiga mod iaitu pacuan dua roda, ‘Auto Mode’ yang menukar pengedaran tork antara roda depan dan belakang secara automotik semasa memandu di jalan yang berturap atau licin; dan ‘Lock Mode’ untuk pemanduan pacuan empat roda sepanjang masa.
Fungsi ‘Hill Descent Control’ yang standard pada varian ini mengawal kelajuan kenderaan ini ketika ia menuruni laluan curam atau licin dengan kawalan penuh yang dikendalikan sistem secara automatik. Ciri ini berfungsi diantara kelajuan 4km/sj – 15km/sj).
Lampu hadapan utama adalah jenis LED.
Enjin QR25DE yang digunakan menjana 169hp pada 6,000rpm dan 233Nm pada 4,000rpm.
Varian 2.0L 2WD
Varian 2.0L 2WD pula dibekalkan dengan unit enjin MR20DD dengan sistem pancitan bahan api dan Twin CVTC yang berupaya menghasilkan kuasa mencecah 142hp pada 6,000rpm dan tork sebanyak 200Nm pada,400rpm.
Lampu hadapan utama pula menggunakan mentol halogen.
Ciri-ciri standard
Kotak gear yang digunakan untuk kedua-dua varian adalah Xtronic CVT generasi terkini. Roda pula adalah bersaiz 225/65/17.
Antara kelebihan yang ada pada X-Trail baharu adalah konfigurasi kerusi 5+2 dengan dua kerusi tambahan yang boleh dilipat masuk ke dalam lantai belakang ‘crossover’ ini. Kapasiti kargonya adalah 1,520 liter (tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat rata) dan 550 liter (jika tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya).
Di samping itu, Lampu kabut hadapan, lampu DRL, lampu isyarat LED dan cermin sisi yang dilipat secara automatik.
Yang paling menarik adalah kabin X-Trail ini di mana kedua-dua varian dilengkapi dengan sistem ‘Around View Monitor’. Ini adalah 4 buah kamera yang memberi gambaran sekeliling kenderaan 3600dari pandangan atas. Ciri ini paling sesuai digunakan ketika hendak melalui laluan sempit ataupun hendak masuk ke dalam kotak parkir.
Selain itu, pendingin udara dwi-zonnya ditambah dengan corong pendingin khas untuk penumpang belakang.
Sistem hiburan tertumpu kepada skrin 5 inci dengan slot USB; dan fungsi Bluetooth membolehkan pemandu untuk menyambut panggilan telefon dengan lebih mudah.
Keselamatan
Tiada kompromi dari ETCM mengenai perbezaan varian. Tidak kira sama ada 2.5L ataupun 2.0L, semuanya lengkap dengan sepasang beg udara,Hill Start Assist, Isofix danVehicle Dynamic Control(VDC).
Unik pada X-Trail adalah beberapa teknologi sepertiActive Engine Brakeyang menggunakan transmisi CVT untuk membantu memperlahankan kenderaan. Ini ditambah lagi denganActive Ride Controldan jugaActive Trace Control. (‘Active Ride Control’ berfungsi mengurangkan rasa bergegar yang dialami oleh para pemandu ketika melalui jalan tidak rata dengan mengawal kuasa tork enjin dan brek demi meningkatkan keselesaan; manakala ‘Active Trace Control’ mengenakan sedikit kuasa brek kepada tayar-tayar tertentu secara automatik untuk mengurangkan masalah understeer, selain membantu pemandu mengawal kenderaan ketika melalui selekoh).
Harga X-Trail adalah:
- 2.5L pacuan 4 roda (4WD): RM165,800
- 2.0L pacuan 2 roda (2WD): RM142,800
(Pemilikan individu, termasuk insurans, Semenanjung Malaysia)
5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Nissan X-Trail Baru 2015 Yang Lebih Menawan Spesifikasi Dan Harga"
Posting Komentar