“Steven Gerrard akan tiba pada Julai dan sudah tentu kami mempunyai perancangan selepas itu,” kata Arena kepada akhbar berkenaan.

Gerrard, 35, minggu lalu mengumumkan dia akan meninggalkan Liverpool sebaik saja musim ini berakhir, sekali gus menamatkan kerjasama 26 tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.

Bintang tengah Reds yang juga bekas kapten England itu telah membuat 696 penampilan dan menjaringkan 182 gol sepanjang bersama Liverpool.

Akhbar Britain mendakwa, Gerrard bakal menandatangani kontrak bernilai 6 juta pound (RM32.5 juta).

Perpindahan ke Galaxy akan menyatukan Gerrard dengan bekas rakan sepasukannya di Liverpool, Robbie Keane dan mengikuti jejak bekas kapten England, David Beckham yang menghabiskan lima tahun bersama kelab yang berpangkalan di California itu.

“Dia adalah pemain yang berkualiti. Saya tidak risau tentang bagaimana dia akan menyesuaikan diri dengan pasukan kami,” kata Arena lagi - AFP