Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir Malaysia. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Khamis, 8 Januari 2015 berkenan menyerahkan cek sumbangan bernilai RM 1 juta kepada Tabung Bencana NSTP - Media Prima bagi membantu mangsa banjir.Baginda menyerahkan cek itu kepada Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press Berhad, NSTP, Datuk Abdul Jalil Hamid. Penyerahan disempurnakan di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Sehingga hari ini, nilai dana yang dikumpul untuk Tabung Bencana NSTP - Media Prima mencecah RM 4.1 juta. Selain menyalurkan dana, NSTP - Media Prima turut mempunyai briged sukarelawan, yang giat melaksanakan misi bantuan kepada mangsa banjir.
Antaranya di Baling Kedah, Manjung Perak, Kuala Krai Kelantan, Jerantut Pahang serta Penampang Sabah - TV3.com.my
Video Penyampaian Cek Bantuan boleh klik di SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Sultan Johor Sumbang RM1 Juta Bantu Mangsa Banjir Malaysia"
Posting Komentar