|
Kereta Myvi 2015 baru? |
Tarikh Pelancaran Dan Spesifikasi / Harga Myvi Baru 2015. Kereta terlaris selama sembilan tahun berturut-turut di Malaysia iaitu Perodua Myvi akan melancarkan model terbaru facelift pada 15 Januari 2015 ini.
Myvi 2015 baru ini difahamkan berharga di antara RM41,500 dan RM58,900 di Semenanjung Malaysia dan didatangkan dalam dua warna iaitu Electric Blue dan Cosmic Gold. Ia adalah tambahan warna popular model itu yang sedia ada iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.
Dalam satu kenyataan, Perodua berkata spesifikasi kereta Myvi 2015 baru menawarkan tahap keselamatan yang lebih tinggi. Ciri-ciri baharu keselamatan itu memperoleh penarafan empat bintang menerusi Program Penilaian Kereta Baharu Asean.
Kebocoran gambar model MYVI terbaru 2015 ini mula tersebar meluas semenjak bulan Disember 2014 lepas. Apa-apa pun nantikan kemunculan kereta terlaris di Malaysia ini pada tahun 2015. Rekabentuk tak banyak berubah cuma grill depan lebih garang dan terdapat penambahan dalam lampu, bumper dan sebagainya sesuai dengan citarasa muda rakyat Malaysia.
Spesifikasi Myvi Baru 2015 “Segala tambah baik pada Myvi 2015 ini dibuat selepas meneliti kaji selidik untuk mengetahui apa yang dapat memberi lebih nilai kepada para pembeli. Pembaharuan yang dilakukan menambah nilai sehingga RM3,000”, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salled.
Namun begitu, enjin K3-VE dan 3SZ-VE (masing-masing untuk varian 1.3L dan 1.5L) masih dikekalkan. Begitu juga outputnya – masih lagi 90hp/117Nm dan 102hp/136Nm.
Myvi 1.3L akan mempunyai 2 varian iaitu Standard G dan Premium X untuk menggantikan XT dan SE digunakan sekarang. Standard G mempunyai pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau auto 4-kelajuan.
Myvi 1.5L pula dipecahkan ke varian SE dan Advance; SE dengan pilihan transmisi auto atau manual, manakala hanya automatik untuk Advance. (Lihat rajah di bawah untuk spesifikasi yang diberikan setakat ini) (klik untuk saiz penuh)
Model kereta paling laris di Malaysia untuk 9 tahun berterusan ini juga sekarang diakui oleh ASEAN NCAP dengan 4-bintang untuk segi ciri-ciri keselamatannya.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Pelancaran Dan Harga Myvi Baru 2015 "
Posting Komentar