Toyota Hilux 2015 Baru Harga Dan Spesifikasi
Toyota Hilux 2015 seolah-olah memberi nafas baru kepada trak pikap itu selepas diperkenalkan pada 2005.
Menariknya, ia kini dilancarkan dengan varian TRD Sportivo yang tampak sporty, sekali gus memberi ruang kepada generasi muda untuk memiliki jentera berkenaan.
Ia ditawarkan dalam dua varian membabitkan 3.0G TRD Sportivo dan 2.5G TRD Sportivo, yang mana kedua-duanya dipadankan dengan transmisi automatik.
Bagi memberi impak lebih sporty, varian berkenaan dilengkapi kit badan dan spoiler bampar depan TRD, pelekat grafik menarik pada badannya, lampu nyalaan siang (DRL) serta rim aloi warna hitam.
Selain luaran, ruang kabinnya menerima pembaharuan selepas kerusi dibaluti material kulit, kemasan gentian karbon pada panel instrumen dan perehat tangan serta dilengkapi pelapik kaki TRD.
Pada masa sama, pelanggan boleh membeli palang sports bahagian belakang yang menggunakan material ABS selepas dibangunkan oleh pasukan TRD.
Bagi varian 3.0G dan 2.5G biasa, ia hadir dengan wajah lebih premium selepas menerima sentuhan lampu DRL dengan rim aloi warna kelabu gelap, selain kemasan dalaman berbeza.
Sebagai maklum balas kepada permintaan pelanggan, jentera itu menyediakan kunci tambahan untuk tayar simpanan pada semua varian Toyota Hilux.
Pam tayar mudah alih turut disediakan sebagai ciri standard bagi model 3.0G, 2.5G dan TRD Sportivo.
Bagi ketiga-tiga model itu, ia turut menawarkan sistem audio DVD-AVN yang merangkumi kamera undur belakang, lengÂkap bersama garis statik.
Sama seperti model lain yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, trak pikap itu hadir dengan jaminan tiga tahun atau 100,000 kilometer. Harga Toyota Hilux 2015 bermula RM87,722.20 sehingga RM112,967 - myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Toyota Hilux 2015 Baru Harga Dan Spesifikasi"
Posting Komentar