Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata dalam satu kenyataan ringkas yang turut di kongsikan di laman Facebooknya, sebentar tadi, ia susulan tahap kesihatan bapanya itu yang dilaporkan sedikit menurun sejak Kelantan dilanda banjir baru-baru ini.
Perkembangan Kesihatan Ayahanda:
Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi. Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini.
Saya insya Allah akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang.
Doakan semoga ayahanda kembali sihat.
Terima kasih.
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
29 Rabiul Awwal 1436 / 20 Januari 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Tuan Guru Nik Aziz Masuk Unit Rawatan Rapi ICU HUSM"
Posting Komentar