Setiap calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Keusahawanandikehendaki melaksanakan projek keusahawanan sebagai satu daripada keperluan
pentaksiran berasaskan sekolah.
Panduan Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2015 - Pelajar boleh memuat turun panduan pelaksanaan dan penilaian projek di LPM.
Berikut adalah panduan dan arahan tugasan yang perlu di buat oleh pelajar dari bulan Mac hingga Julai 2015 seperti dirujuk dari Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan.1. Projek ini mengandungi satu tugasan.2. Calon wajib melaksanakan tugasan tersebut secara individu.3. Calon hendaklah menyempurnakan projek ini dengan merujuk kepada elemen, aspek dan kriteria yang telah ditetapkan.4. Projek ini hendaklah dilaksanakan oleh calon SPM dari bulan Mac hingga bulan Julai 2015.5. Calon dikehendaki mematuhi Jadual Pelaksanaan Tugasan Projek yang disediakanuntuk memastikan tugasan projek dapat disempurnakan dalam tempoh masayang ditetapkan.6. Calon dinasihatkan membuat perancangan yang teliti dan melaksanakan tugasandengan menggunakan perbelanjaan yang berpatutan dan munasabah.
TUGASAN PROJEK1. Calon dikehendaki menyediakan satu Rancangan Perniagaan yang lengkap tentangsatu jenis perniagaan berasaskan perkhidmatan.2. Contoh bidang perkhidmatan:2.1 Reka bentuk grafik (logo, banner)2.2 Kurier dan logistik2.3 Menulis dan menterjemahkan artikel2.4 Hiasan dalaman2.5 Hiasan taman2.6 Membina laman sesawang (website)2.7 Fotografi dan videografi perkahwinan dan acara2.8 Rawatan kesihatan dan kecantikan2.9 Katering2.10 Pengurusan acara2.11 Reka bentuk pengiklanan2.12 Pelancongan3. Anggaran modal perniagaan diperlukan antara RM200 000 hingga RM650 000.4. Jumlah pekerja yang diperlukan bergantung kepada jenis perniagaan yang dipilih.5. Premis perniagaan mestilah disewa sekurang-kurangnya untuk tempoh setahun.6. Pembelian kenderaan adalah secara sewa beli.7. Pasaran produk meliputi pasaran negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).8. Bayaran gaji minimum sebulan adalah seperti berikut:Pekerja Gaji MinimumPengurusan RM 1 600Staf sokongan / operasi RM900
9. Persekitaran luaran keusahawanan yang perlu dipertimbangkan:9.1 Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank)menyediakan kemudahan pinjaman kepada usahawan perusahaan kecildan sederhana.9.2 Kempen ‘Komuniti Sihat Perkasa Negara’ oleh KementerianKesihatan Malaysia.9.3 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)telah melancarkan program mengenal pasti rakan kongsi perniagaandan mengatur padanan perniagaan semasa menganjurkan misi perdaganganperingkat ASEAN.9.4 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) telah menyediakan pakejdalam bentuk latihan keusahawanan secara percuma dan bantuan modalperniagaan minimum RM300 000 untuk individu yang berminat menceburkandiri dalam kerjaya usahawan sepenuhnya.9.5 Bank Eksport Import Malaysia Berhad (EXIM Bank) memperuntukkan danaRM150 juta di bawah program ‘Malaysia Kitchen’ sebagai pembiayaankepada pengusaha-pengusaha restoran tempatan yang mahu mengembangkanperniagaan ke luar negara.9.6 Kerajaan menyediakan tabung usahawan siswazah bagi menggalakkansiswazah melibatkan diri dalam perniagaan.9.7 Kadar faedah atas pinjaman bank adalah sebanyak enam peratus.10. Rancangan Perniagaan ini hendaklah mengandungi unsur berikut:10.1 Latar Belakang Projek10.2 Ringkasan Eksekutif10.3 Analisis Industri10.4 Deskripsi Perniagaan10.5 Rancangan Organisasi10.6 Rancangan Operasi10.7 Rancangan Pemasaran10.8 Rancangan Kewangan
11. Rancangan Perniagaan mestilah dikemukakan oleh calon secara individu.12. Setiap calon mestilah mempersembahkan konsep, kreativiti dan idea produk sama adadalam bentuk pembentangan projek atau interaksi sepanjang pelaksanaantugasan projek.13. Idea keusahawanan yang dipersembahkan mestilah menjurus kepada penjenamaanproduk Malaysia.14. Tugasan projek mestilah dicetak dengan menggunakan mesin pencetak komputerdan perlulah mematuhi perkara berikut:14.1 Jenis fon ialah Times New Roman14.2 Saiz fon ialah 12 pt.14.3 Saiz fon bagi tajuk besar atau tajuk kecil bergantung kepada kesesuaian14.4 Saiz kertas ialah A415. Semua bentuk lakaran, lukisan, gambar rajah atau tulisan mestilah jelas.16. Penggunaan kertas berwarna dibenarkan.17. Gambar atau ilustrasi tambahan hendaklah dilekatkan dengan kemas supayatidak tercicir.18. PERINGATAN:Calon diperingatkan tentang garis panduan dan arahan peperiksaan SPM perkara 1.1di Bahagian C (Arahan Kepada Calon Peperiksaan) yang terdapat di dalam JadualWaktu Peperiksaan SPM.Calon wajib menduduki semua kertas soalan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calonyang tidak dapat menduduki mana-mana kertas soalan sama ada kertas soalan bertulisatau ujian amali atau tidak melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah akan dianggaptidak hadir bagi mata pelajaran berkenaan.TUGASAN TAMAT KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Panduan Kerja Kursus Pengajian Keusahawanan Kertas 3 SPM 2015 "
Posting Komentar