Pilihanraya Umum Singapura Makin Hampir Diadakan? Adakah gesaan untuk semakan semula daftar pemilih memberi petanda bahawa pilihan raya umum Singapura semakin hampir? Berdasarkan ketidaktentuan ekonomi global semasa, orang ramai mula bercakap bahawa republik itu akan mengadakan pilihan raya awal.
Dan hari ini, mengikut seksyen 14 (1) Akta Pilihan Raya Parlimen, Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mengarahkan Pegawai Pendaftaran untuk menyemak semula daftar pemilih dan menyiapkan semakan itu pada atau sebelum 30 April 2015.
Semakan bertujuan untuk mengemaskini maklumat dalam daftar pemilih, menurut Jabatan Pilihan Raya, Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Isnin.
Untuk layak sebagai seorang pemilih, seseorang harus menjadi warganegara Singapura dan berumur 21 tahun dan ke atas pada Februari 1, 2015, dan tidak hilang kelayakan sebagai pemilih di bawah mana-mana undang-undang.
Di samping itu, seseorang mesti mempunyai alamat kediaman yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan pada Februari 1, 2015 supaya namanya dimasukkan atau disimpan dalam daftar bagi kawasan pilihan raya.
Jabatan Pilihan Raya akan menyediakan maklumat lanjut tentang bagaimana rakyat Singapura boleh menyemak daftar pemilih pada akhir bulan ini.
Mengikut akta ini, pilihan raya Parlimen di Singapura perlu diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas tempoh lima tahun telah berlalu dari tarikh persidangan pertama Parlimen Singapura.
Bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, Parlimen dibubarkan dan pilihan raya umum dipanggil atas permintaan Perdana Menteri sebelum tempoh lima tahun tamat.Pada Disember tahun lepas, semasa menghadiri sidang kemuncak Peringatan ASEAN-Republik Korea di Busan, Korea Selatan, Lee dipetik oleh media sebagai berkata bahawa pilihan raya umum di Singapura tidak semestinya diadakan apabila 'semua orang menjangkakannya'.
Stesen televisyen tempatan, Channel NewsAsia (CNA) melaporkan bahawa Lee menggariskan beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan bila untuk mengadakan pilihan raya akan datang.
"Ia bergantung kepada tahap persediaan kami, ia bergantung kepada apa yang berlaku di dunia, jika krisis besar akan meletup," kata beliau.
"Ia juga bergantung kepada agenda lain yang dihadapi dalam masa yang padat. Beberapa agenda pasti berlaku, sebagai contoh, tahun depan SG50 akan berlangsung. Oleh itu, kita harus mengambil kira semua ini," katanya yang dipetik oleh CNA.
Pilihan Raya Umum akan datang perlu diadakan menjelang Januari 2017, tetapi spekulasi bertiup kencang bahawa ia mungkin diadakan pada akhir tahun ini atau awal tahun depan. Pada Pilihan Raya Umum 2011, Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang dipimpin oleh Lee, memenangi 81 daripada 87 kerusi parlimen termasuk lima kerusi di Kawasan Pilihan Raya Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Tanjong Pagar. - Bernama
5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun SINI
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Pilihanraya Umum Singapura Makin Hampir Diadakan?"
Posting Komentar