Gambar Dua Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas Di Latihan LIMA 2015. Berita yang amat mengejutkan diterima dari Langkawi sebelum acara LIMA 2015 berlangsung pada 17 hingga 21 Mac 2015 apabila dua pesawat Jupiter Aerobatic Team, Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (AU-TNI) terhempas ketika melakukan latihan aerobatik sempena LIMA '15 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi, sebentar tadi.Nahas kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika sekumpulan enam pesawat jenis KT-1B itu sedang melintasi ruang udara MIEC, sebelum dua daripadanya berselisih dan terbabas. Kedua-dua pesawat kemudian dilihat terhempas di luar kawasan lapangan terbang, disusuli api dan kepulan asap. Video insiden kejadian Klik Pesawat Jupiter Indonesia TerhempasBeberapa saksi melihat juruterbang dan pembantu juruterbang sempat melompat keluar dengan payung terjun sebelum pesawat terhempas. Pasukan penyelamat turut dikejarkan ke dua lokasi pesawat terhempas. Pihak keselamatan kemudian mengesahkan keempat-empat juruterbang dan pembantu juruterbang berkenaan selamat.
Berikut antara gambar sekitar insiden kejadian dua pesawat Jupiter Indonesia terhempas petang ini di Langkawi.
Gambar Dua Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas Di Latihan LIMA 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gambar Dua Pesawat Jupiter Indonesia Terhempas Di Latihan LIMA 2015 "
Posting Komentar