Tambang Teksi Dan Bas Ekspres Naik Tahun 2015. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kadar tambang baru bagi pengangkutan awam melibatkan teksi dan bas ekspres ekoran peningkatan kos sebanyak 33 peratus termasuk penyelenggaraan dan insurans. Menurut Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar, kadar tambang baharu akan naik berbeza dalam lingkungan RM1.25 hingga RM8.00 bergantung kepada jarak servis yang diberikan. Bagaimanapun, peningkatan kadar tersebut hanya melibatkan teksi bajet, TEKS1M dan kereta sewa di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Untuk makluman juga, tambang Komuter KTM juga akan dinaikkan bermula 1 Mei 2015.“Harga baharu bagi teksi akan bermula serta-merta selepas pengumuman dilakukan, manakala tambang bas ekspres pula bermula 15 Mei 2015 nanti.
Tambang Baru Teksi 2015 - Tambang awal bagi teksi ditetapkan pada RM3 tetapi kadar jarak meningkat kepada 25 sen bagi 200 meter berbanding kadar sebelum ini iaitu 10 sen/115 meter, selain perkiraan masa iaitu 25 sen per 36 saat berbanding 10 sen per 21 saat.
Tambang Baru Bas Ekspres 2015
- Kadar tambang bas ekspres meningkat dari 9.3 sen kepada 11.4 sen bagi setiap kilometer.
Katanya, penetapan terpaksa dilakukan selepas kali terakhir semakan kadar tambang teksi dan bas ekspres pada tahun 2009.* Makluman Terkini 21 Mac 2015Kabinet meminta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) supaya menangguhkan kenaikan harga tambang pengangkutan awam seperti yang diumumkan oleh suruhanjaya itu kelmarin.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata permintaan penangguhan itu dilakukan kerana kenaikan kadar tambang itu seolah-olah akan membebankan rakyat yang terkesan dengan kos sara hidup yang turut meningkat.
Kelmarin, SPAD lalu mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20 hingga 67 peratus manakala bas ekspres pula naik 22.6 peratus bermula 15 Mei ini. Kenaikan itu berikutan kenaikan kos yang ditanggung pengusaha pengangkutan awam termasuk kos penyelenggaraan.
Muhyiddin berkata, pengumuman SPAD itu tidak sesuai pada masanya ketika Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April 2015 ini. * Makluman terkini 23 Mac 2015Pelaksanaan tambang baharu perkhidmatan bas ekspres dan rel kini ditunda manakala tambang baharu teksi diteruskan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri. Beliau berkata, penundaan itu hingga ke suatu tarikh yang belum ditetapkan itu diputuskan mesyuarat jemaah menteri pada Jumaat lepas.
"Tambang baharu untuk perkhidmatan teksi seperti mana yang telah diumumkan pada 19 Mac akan diteruskan pelaksanaannya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Nancy berkata, keterangan lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di talian 03-27267000 atau emel ke communications@spad.gov.my. Perbezaan Tambang Teksi Dulu Dan Yang Baru Perbezaan Tambang Bas Ekspres Dulu Dan Yang BaruMuat turun Media Release Dari SPAD Mengenai Kenaikan Kadar Tambang Teksi & Bas Di SPAD.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Kadar Tambang Baru Teksi Dan Bas Ekspres 2015"
Posting Komentar