Speaker DUN Datuk Abdullah Ya'kub memperuntukkan dua hari termasuk Rabu  bagi rang undang-undang berkenaan dibahaskan.

PAS mempunyai 31 kerusi dalam DUN Kelantan, Barisan Nasional 12 kerusi dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 1 kerusi. Sementara kerusi DUN Chempaka yang dimiliki PAS menjadi kosong selepas penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada 12 Februari lepas, dan pilihan raya kecil untuk kerusi itu akan diadakan Ahad ini.

Kanun Jenayah Syariah II, yang juga dikenali sebagai hudud yang diluluskan pada 1993 tertangguh lebih 20 tahun dari segi pelaksanaan akibat kekangan perundangan.

Rang Undang-Undang itu yang sepatutnya dibentangkan pada persidangan dewan Disember tahun lepas telah ditangguhkan berikutan banjir luar biasa yang melanda Kelantan - mStar online