Fenomena Musim Bunga Landa Bandaraya Alor Setar Kedah 2015. Bandaraya Alor Setar dilanda musim bunga lagi. Kali ini, Alor Setar bertukar wajah, apabila pokok tekoma berbunga lebat ekoran musim panas yang melanda negeri Kedah sejak kebelakangan ini. Pemandangan di bandaraya ini bagaikan berada di Korea menikmati keindahan ‘Cherry Blossom’ atau Sakura di Jepun pada musim bunga. Begitulah panorama mengagumkan yang melanda Alor Setar, Kedah yang menerima tempias fenomena musim bunga sejak akhir-akhir ini.
Menakjubkan. Itulah hakikatnya yang menimbulkan 1,001 keterujaan bukan saja dalam kalangan rakyat tempatan, malah pelancong dari luar negara yang berkunjung ke negeri itu.
Mereka seperti tidak percaya Malaysia turut mengalami musim bunga penuh warna-warni seperti di Eropah, Jepun dan Korea. Dek fenomena luar biasa hasil daripada limpahan pokok tekoma berbunga lebat yang jarang-jarang berlaku di Kedah, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan detik indah untuk simpanan peribadi dan tatapan sahabat handai.
Fenomena Musim Bunga Landa Bandaraya Alor Setar Kedah 2015
Pokok teduhan yang tergolong dalam keluarga Bignoniaceae turut digelar sakura Malaysia selain nama saintifiknya Tabebuia Rosea atau Pentaphylla. Ia dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan.
Ia menghasilkan bunga menarik dalam rona yang unik khususnya merah jambu dan putih serta menzahirkan pemandangan indah. Di negara ini, ia dikenali sebagai pokok cherry blossom kerana bunganya lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.
Nama spesies pentaphylla dalam bahasa Latin merujuk kepada lima jejari daunnya di mana ‘penta’ bermaksud lima dan ‘phylla’ bermaksud daun. Ada yang menggelarkannya pokok kertas tisu kerana ranggi bunganya yang nipis. Tidak kurang juga yang menamakannya sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma.
Tabebuia memerlukan musim kering atau panas ketara sebelum mengeluarkan bunga yang lebat. Justeru, fenomena baru yang melanda landskap negara turut dikaitkan dengan musim berkenaan. Mempunyai lebih kurang 50 spesies, tanaman ini dibezakan menerusi warna dan bentuk bunganya.
Kehadiran pokok teduhan di sepanjang jalan dan taman dilihat penting dalam mencipta idea penggayaan landskap luar biasa. Langkah itu bukan sekadar menawarkan pemandangan indah, malah melengkapkan usaha menghijaukan persekitaran.
Dek fenomena luar biasa hasil daripada limpahan pokok tekoma berbunga lebat yang jarang-jarang berlaku di Kedah, ramai yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan detik indah untuk simpanan peribadi dan tatapan sahabat handai. - See more at: http://www2.hmetro.com.my/articles/Kuntumanmekar2minggu/Article#sthash.e5hdjO7H.dpuf
Berikut video dan gambar keindahan musim bunga yang melanda Bandaraya Alor Setar Kedah kini :-
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Video Fenomena Musim Bunga Landa Bandaraya Alor Setar Kedah 2015"
Posting Komentar