Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016 - Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2015/ 2016 telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2015Terdapat tiga ketegori rayuan Tingkatan 6 2015 iaitu :-1. BORANG T6BKK - untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2015 kecuali MBK.Anda boleh download borang rayuan di T6BKK 2. BORANG T6BCP - untuk CALON PERSENDIRIAN, SEKOLAH SWASTA & SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI yang memohon memasuki Tingkatan Enam Tahun 2015 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.
3. BORANG T6BRTJ - untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak
membuat rayuan tukar jurusan Tingkatan Enam Tahun 2015
* Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang, sila klik Rayuan Tingkatan 6 PANDUAN MENGISI BORANG 1. Borang ini hendaklah disertakan bersama salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:
i. Keputusan peperiksaan SPM 2014
ii. Sijil kelahiran,
iii. Kad pengenalan/passport
iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.2. Borang ini hendaklah dikembalikan kepada Pengetua sekolah asal. Pengetua sekolah bertanggungjawab mengemukakan semua borang rayuan murid kepada
Bahagian (kecuali Sekolah Menengah Harian dan Sekolah Menengah Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
3. Tarikh tutup permohonan ialah pada 4 Jun 2015. Permohonan yang lewat tidak
akan dipertimbangkan.
4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang
telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana
mata pelajaran lain;
iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am - Syarat kemasukan Tingkatan 6 tahun 2015 Klik di Syarat AM ; dan
iv. Mendapat sokongan penuh daripada Pengetua sekolah dan perakuan rekod disiplin
yang baik
5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 4 Jun 2015.
7. Murid hendaklah melapor diri mulai 25 Jun 2015 dan selewat-lewatnya dalam tempoh
7 hari bekerja. Sekiranya calon tidak melapor diri dalam tempoh yang ditetapkan, calon dianggap sebagai menolak tawaran.
8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Panduan Dan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015"
Posting Komentar