Panduan Memilih Kursus Program Asasi Yang Betul Untuk Pengajian Ijazah Sarjana Muda IPTA. Tujuan asas dan asalnya program Asasi adalah untuk kemudian membawa pelajar ke program Ijazah Sarjana Muda. Oleh itu, sila pastikan yang anda memilih program asasi yang betul yang akan membawa anda ke Kursus Ijazah Sarjana Muda IPTA yang anda inginkan.Panduan Memilih Kursus Program Asasi Yang Betul
Berikut di antara perkara yang perlu di beri perhatian sebelum memilih sesuatu program Asasi yang ditawarkan :- - Ada program ijazah yang hanya mengambil lepasan STPM dan tidak menerima lepasan asasi/matrikulasi atau diploma
- Ada juga program ijazah yang hanya menerima lepasan asasi/matrikulasi sahaja dan tidak menerima lepasan asasi/matrikulasi ataupun dari lepasan diploma
- Masih ada 2 - 3 program ijazah yang merupakan sambungan daripada program diploma (bermakna tiada pengambilan dari lepasan STPM/asasi/matrikulasi)
- Ada program asasi/tamhidi yang khusus untuk pelajar sambung belajar di IPT yang sama, dan tidak boleh untuk memohon ke program ijazah di IPTA lain. Hanya asasi sains UM dan asasi UiTM (kecuali undang-undang (E0601) sahaja yang melayakkan lepasannya memohon ke IPTA lain)
- Perlu juga diketahui bahawa lepasan asasi (foundation) dari IPTA dan juga lepasan program luar seperti A-level tidak layak memohon ke program ijazah IPTA (dalam negara)
- Ada program ijazah sarjana muda yang selain meletakkan syarat pencapaian di peringkat SPM yang di ambil kira selain daripada syarat di peringkat STPM/asasi/matrikulasi/diploma - bermakna kalau STPM/asasi/matrikulasi dapat CGPA 4.00 pun; kalau gagal memenuhi syarat di peringkat SPM - tak akan dapat juga tempat.
- Ada juga program asasi yang sama namanya tetapi berbeza laluannya untuk ke ijazah sarjana muda nanti (asasi sains hayat UM dan asasi sains hayat UIAM)
Jangan hanya melihat dan merujuk di laman web UPU untuk program lepasan SPM sahaja, tetapi kena juga rujuk program ijazah sarjana muda (lepasan STPM/setaraf - termasuklah asasi/matrikulasi/diploma) dari segi syarat kemasukannya.
Berikut disertakan panduan memilih kursus program asasi yang betul untuk pengajian seterusnya di peringkat Ijazah Sarjana Muda :-
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Panduan Memilih Kursus Program Asasi Yang Betul "
Posting Komentar