Gambar Sekitar Perhimpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor 16 Jun 2015. Hari ini, Selasa 16 Jun 2015 berlangsung Himpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih dan Taat Setia ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor dan menzahirkan sokongan taat setia kepada DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ) di hadapan pintu utama Istana Bukit Serene.
Kira-kira 2,000 rakyat Johor mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkumpul secara aman sebentar tadi bagi menunjukkan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Tunku Ismail turut menzahirkan perasaan terharu dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. Lebih 2,000 hadir pada perhimpunan berkenaan yang terdiri dari 400 NGO.Lima wakil NGO negeri Johor diberi perkenan mengadap DYMM Sultan Johor untuk menyerahkan memorandum sokongan terhadap Kesultanan Johor di Istana Bukit Serene, petang ini. NGO terlibat ialah dua wakil dari GABUNG Johor, PERKASA negeri Johor serta wakil NGO bagi masyarakat Cina dan India.
Selain itu, ia juga adalah sebagai simbolik rakyat yang mengecam Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz yang membuat teguran kurang manis kepada TMJ baru-baru ini.Berikut di antara gambar Sekitar Perhimpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor 16 Jun 2015 di perkarangan Istana Bukit Serene :-Sumber gambar kredit to -
FB Brotherhood Johor,
FB Johor Times,
FB Penyokong Setia Johor, FB
TV Selatan, FB Harimau Selatan
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gambar Sekitar Perhimpunan Bangsa Johor Menjunjung Kasih DYMM Sultan Johor 16 Jun 2015"
Posting Komentar