Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Sempena Hari Raya AIdilfitri 2015. Berikut adalah Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) PLUS untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak Hariraya Aidilfitri 2015 iaitu di antara 16 Julai hingga 20 Julai 2015 ini.TTA merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat. Ia adalah berdasarkan kajian PLUS terhadap pola perjalanan orang ramai pada musim-musim perayaan yang lalu. Orang ramai yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan pada Hari-Hari Puncak supaya mengikuti TTA.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya Utara-Selatan menerusi perkhidmatan Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile Apps, talian PLUSLine 1800 88 0000, papan tanda elektronik di lokasi-lokasi terpilih serta mengikuti laporan trafik terkini menerusi siaran-siaran radio utama negara.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Jadual Cadangan Waktu Perjalanan TTA PLUS Hari Raya Aidilfitri 2015"
Posting Komentar