BAB 1 – KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Definisi Imperialisme
Dasar sesebuah negarameluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu.
Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara
Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
Jaminan pasaran yang luas.
Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
Kaya dengan bahan mentah
2. Revolusi perindustrian.
Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya.
3. Pengangkutan dan Perhubungan
Kapal wap membolehkan muatan banyak dan mempecepat perjalanan.
Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.
Telegraf memudahkan perhubungan.
4. Persaingan kuasa-kuasa barat
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan
5. Alasan Orang Barat
British & Belanda- Beban orang Putih
Perancis- Tugas menyebarkan Tamadun
Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah Jajahan.
PERUBAHAN POLITIK DI INDONESIA
Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
Pentadbiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral
Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesat tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.
Penubuhan Jabatan Pelajaran dan jabatan Pertanian.
Penubuhan Dewan Tempatan
Penubuhan Volskraad yg merupakan Majlis Rakyat.
PERUBAHAN POLITIK DI THAILAND
Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat barat untuk mengetuai pelbagai jabatan.
Penasihat kewangan dan pelabuhan serta polis – dari Britain.
Penasihat kastam – dari Amerika Syarikat.
Penasihat ketenteraan – dari Perancis
Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah, majlis Mesyuarat tertinggi dan kabinet Menteri.
Majlis penasihat rendah dan majlis Mesyuarat Tertinggi menasihati raja.
Kabinet Menteri mengetuai kementerian.
Juruaudit – dari Britain
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN NASIONALISME
1. Dasar Penjajahan Barat
Sistem tanaman paksa di Indonesia
Sistem Polo di Filipina
Penduduk tempatan dipaksa menjadi buruh bagi menjayakan aktiviti pertanian.
Penjajah barat hanya bergaul dengan golongan elit tempatan.
Dasar keterbukaan penjajah – kemasukan imigran dari luar telah menguasai ekonomi.
2. Pengaruh Agama
Gerakan islah di tanah melayu dan Indonesia – penyatuan dunia Islam menentang penjajahan.
Persatuan Belia Buddha di Burma.
Di Sepanyol penganut Kristian tempatan di anggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.
3. Karya Kesusasteraan
Jose Rizal- Novel Noli Me Tangere
Chairil Anuar- Kerikil-kerikil tajam & Ke Makam Bonda
Menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan.
4. Sistem Pendidikan
Di Indonesia anak golongan priyai diberikan pendidikan tersendiri
Di Burma pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh di perkenalkan.
Di tanah melayu lepasan sekolah vernakular sukar mendapat pekerjaan.
Sikap pilih kasih dalam memberikan pendidikan menimbulkan rasa tidak puas hati.
5. Kemunculan golongan intelektual
Mereka berpeluang belajar di barat dan Asia barat.
Mereka menjadi pemimpin gerakan nasionalisme.
Peringkat awal – hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka di bela.
Peringkat akhir- meminta penjajah membebaskan negara mereka.
6. Pengaruh Media Massa
Vietnam- Tribune Indigine
Tanah Melayu – al-Ikhwan, Saudara dan majlis
Menyebarkan idea-idea nasionalis
Menanam perasaan anti penjajah.
7. Sistem pengangkutan dan perhubungan
Perkhidmatan telefon dan telegraf
Memudahkan hunungan kalangan nasionalis
Jalanraya dan jalan kereta api
Memudahkan pertemuan dan idea-idea nasionalisme.
8. Pengaruh Luar
Kejayaan jepun menewaskan Russia dan China.
Keupayaan negara kecil menewaskan negara lebih besar.
Perjuangan Mahatma Gandhi di India.
Menggunakan strategi enggan bekerjasama dengan penjajah secara mogok lapar.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI FILIPINA
Tahap Pertama
Dipimpin – Jose Rizal
Bersifar sederhana
Bergerak cergas dalam politik melalui gerakan dakyah semasa di Sepanyol
Berjuang melalui akhbar La Solidaridad & Novel Noli Me tangere & El Filibusterismo
Berjuang melalui liga Filipina pada tahun 1892.
Penyokong : golongan pertengahan yang berpendidikan barat.
Matlamat perjuangan :
Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan hak yg sama seperti bangsa Sepanyol.
Menuntut supaya bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara.
Tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas sepanyol.
Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pd 1892.
Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan Mindanao.
Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan.
Tahap Kedua
Media cetak iaitu akhbar Kalayan
Katipunan melancarkan revolusi bersenjata tetapi gagal.
Katipunan semakin lemh selepas Bonifacio dihukum mati oleh Emilio Aguinaldo.
Aguinaldo berjaya mengusir Sepanyol dengan bantuan Amerika Syarikat.
1899 Aguinaldo mengisytiharkan kemerdekaan Amerika Syarikat.
Tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
Aguinaldo meneruskan gerakan revolusi.
Aguinaldo ditangkap.
Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan parti politik sederhana.
Parti nasional pimpinan Sergio Osmena menang dalam pilihanraya.
Sergio Osmena dilantik mengetuai Dewan Perhimpunan.
1930an nasionalis Filipina kembali menuntut kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan Amerika Syarikat bertukar kepda yang lebih liberal.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI INDONESIA
Tahap Pertama
Tumpuan isu pendidikan
Untuk ubah nasib penduduk Indonesia
Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita
Karyanya : Habis Gelap Terbitlah Terang & Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan Belanda.
Pertubuhan penting : Muhammadiyah
Matlamat Muhammadiyah
Tahap Kedua
Perjuangan Parti politik radikal.
Sarekat Islam, Parti Komunis Indonesia (PNI).
Matlamat : menuntut kemerdekaan secara kekerasan.
PNI pimpinan Soekarno paling popular.
Perjuangan beliau dapat mempengaruhi rakyat.
Kerajaan Belanda telah menangkap pemimpin radikal termasuk Soekarno.
PNI turut di haramkan.
PERKEMBANGAN NASIONALISME DI THAILAND
Tahap Pertama
Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja.
Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Faktor: Pendidikan barat mendedahkan fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak puas hati.
1932 Parti rakyat ditubuhkan oleh Nai Pridi Panomyong & Field marshall Phibul Songram
Parti rakyat melancarkan revolusi Thai.
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Diganti dengan sistem raja berperlembagaan.
Tahap Kedua
Rakyat tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis barat dan orang Cina.
Semasa Phibul Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
Sekolah Cina dan akhbar Cina dibubarkan.
Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama Buddha.
1939 Phibul Songram menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.
Hasil daripada kerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di Indocina dan di Tanah Melayu
SUMBER
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Nota Ringkas Sejarah Tingkatan 5 SPM Bab 1 - Kemunculan Dan Perkembangan Nasionalisme Di Asia Tenggara"
Posting Komentar