Panduan Applikasi KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Selaras dengan anjakan ke-4 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melahirkan murid yang berfikiran aras tinggi dan berdaya saing diperingkat global, usaha membudayakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan guru dan murid perlu diberi penekanan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Panduan Applikasi KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Buku teks sekolah menengah sedia ada adalah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang menekankan penerapan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Selaras dengan pelaksanaan KBAT sebagai satu usaha kesinambungan KBKK, Panduan Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Berdasarkan Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Tingkatan 4 danTingkatan 5 disediakan untuk membantu guru dan muridmengenal pasti elemen KBAT dalam buku teks KBSM serta memberi panduan kepada guru dan murid dalam aspek penyediaan bahan sokongan KBAT.
Objektif Panduan Aplikasi KBAT
Panduan Aplikasi KBAT ini disediakan untuk membantu guru dan murid:
- mengenal pasti kandungan yang mempunyai elemen KBAT dalam buku teks danmengaplikasikannya dalam P&P.
- mengadaptasi kandungan buku teks melalui P&P mengikut tahap penguasaan kemahiran berfikir murid.
- membudayakan KBAT melalui buku teks sebagai sumber maklumat utama murid.
- SUMBER : MOE
- Untuk download PDF, sila Klik KBAT
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Panduan Applikasi KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi"
Posting Komentar