Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.
Via Masalah Pencemaran GlobalTips Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara
- Langkah 1: Senaraikan terlebih dahulu isi penting punca pencemaran anda ditempat anda.
- Langkah 2: Huraikan setiap isi penting pencemaran udara ditempat anda.
- Langkah 3: Karang sebuah esei mengikut isi penting berserta huraian
- Langkah 4: Jumlah keseluruhan markah bagi Faktor dan Punca pencemaran adalah 15 Markah (Maka, anda hanya perlu 5 isi penting beserta 3 Huraian bagi setiap isi penting.
Contoh Karangan Faktor/ Punca Pencemaran Udara
Punca berlakunya pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah aktiviti perindustian kilang, pembakaran terbuka, asap rokok, kenderaan motor dan pengguna hawa dingin.
Kenderaan bermotor merupakan punca utama kepada isu pencemaran udara di bandaraya Kuala Lumpur (1 Markah). Penggunaan kenderaan bermotor seperti kereta, motor, dan kapal terbang melepaskan asap kenderaan yang mengandungi gas berbahaya atau bertoksik seperti karbon monoksida ke udara (1 Markah). Selain itu, kenderaan yang tidak melakukan servis berkala turut mencemarkan udara apabila kenderaan seperti ini melepaskan asap hitam yang berlebihan ke ruang udara (1 Markah).
Selain itu, pembakaran terbuka secara berleluasa juga merupakan antara salah satu faktor kepada pencemaran udara di sekitar Kuala Lumpur (1 Markah). Contohnya, pembakaran terbuka seperti dikawasan hutan mahupun kediaman juga boleh menyebabkan masalah jerebu (1 Markah). Ini berikutan asap hasil pembakaran terbuka beralih ke sekitar bandaraya Kuala Lumpur mengikut arah tiupan angin. (1 Markah)
Disamping itu, aktiviti perindustrian yang pesat di Kuala Lumpur menyebabkan pencemaran udara dikawasan ini semakin terjejas (1 Markah). Contoh aktiviti perindustrian seperti kilang pembuatan kereta, elektronik, dan penghasilan baja. Kilang biasaannya melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. (1 Markah)
Penggunaan sistem hawa dingin juga antara salah satu faktor pencemaran udara (1 Markah). Di Kuala Lumpur, penghawa dingin biasanya digunakan disetiap kediaman bagi mengelakkan cuaca panas disamping manghasilkan udara yang dingin dan nyaman (1 Markah). Namun, penggunaan penghawa dingin akan menyebabkan gas chlorofluorocarbon atau CFC terhasil dan jika gas ini dilepaskan dengan banyak, lapisan ozon di udara akan bertambah nipis.(1 Markah)
Asap rokok juga menyumbang kepada masalah pencemaran udara di bandaraya ini (1 Markah). Tabiat orang ramai yang merokok ditempat awam seperti kawasan menunggu bas dan tempat riadah hanya menjejaskan tahap kualiti udara (1 Markah). Aktiviti merokok juga akan melepaskan asap toksik ke udara dan membahayakan kesihatan orang sekeliling jika menghidu asap tersebut. (1 Markah)
Belum ada tanggapan untuk "Punca Dan Faktor Pencemaran Udara Tugasan Geografi T3 2014"
Posting Komentar