Berikut adalah tarikh dan tema Awal Muharam atau Maal Hijrah Tahun 2015 - 1437 Hijrah. 1 Muharram 1437H akan jatuh pada 14 Oktober 2015 iaitu Hari Rabu yang merupakan cuti umum kepada rakyat Malaysia. Tarikh Maal Hijrah 2015 Malaysia 1437 Hijrah
- Rabu, 14 Oktober 2015
- Sambutan Peringkat Kebangsaan di Masjid Negara
TEMA MAAL HIJRAH 2015
- Tema Tahun 2015 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
- Tema Tahun 2014 - "Perpaduan Nadi Transformasi Negara"
- Tema Tahun 2013 -'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
Berikut dikongsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah Dalam Rumi sebagai panduan kepada umat Islam semua. Anda boleh merujuk kepada Kalendar Islam untuk tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai rujukan dan panduan.
- Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
- Manakala Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Panduan Doa Awal Dan Akhir Tahun Hijrah klik SINI
BULAN MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam Sistem Kalendar Islam (Hijriah). Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharam sebagai bulan Allah (shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk - makhlukNya.
Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharam. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Dan Tema Maal Hijrah 2015 / 1437H "
Posting Komentar