Cara Semak/ Tracking No Pos Laju Malaysia Secara Online Dan SMS. Pos tracking adalah satu cara yang mudah untuk anda menyemak Status Penghantaran Barangan melalui Poslaju Malaysia Online. Semakan tracking nombor Pos Laju Malaysia yang disediakan boleh di buat secara online dalam talian dan SMS.
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan kurier Pos Laju, anda kini boleh menyemak status penghantaran barangan anda melalui talian tanpa datang ke kaunter Pos Laju. Ia adalah sangat mudah dengan hanya memasukkan nombor tracking kurier pada applikasi semakan di bawah ini. Cara Buat Semakan Tracking No Pos Laju Malaysia Dengan Mudah
1. Semak secara online
Sila klik link di bawah ini untuk menyemak
2. Semakan Melalui SMS
- Taip PL<jarak>(Tracking Number) dan hantar ke 33333
Perkhidmatan Pos Laju
Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Laju antara lain adalah seperti berikut :-- Penghantaran pantas hari sama
- Penghantaran Hari Seterusnya
- Masa Perkhidmatan tertentu
- Pos Parcel
- Pos Ekspres
- Pos Laju Pack
- On-Demand Pick-up.
Pos Laju juga menyediakan perkhidmatan tambah nilai seperti perkhidmatan pick-up, Insurans, alat elektronik perkapalan, pembungkusan dan pengesanan berasaskan web di bawah www.poslaju.com.my.
Juga dikongsikan dari Norfanil.com, Cara Buat Aduan Barang Pos Laju samada Rosak, Hilang dan Lewat dan prosedur mendapatkan Ganti Rugi- 1- Cek dahulu samada barangan anda layak untuk diminta ganti rugi ataupun tidak.
- 2- Hubungi perkhidmatan pelanggan di talian 1 300 300 300 (panggilan tempatan), atau +603 2727 9100 (panggilan antarabangsa) atau hantar email ke care@pos.com.my. Anda akan di minta mengisi borang PP1 dengan maklumat sebanyak yang mungkin. Borang P1 boleh didapati di mana-mana Cawangan Pos Laju dan Pos Malaysia.
- 3- Sertakan bukti sokongan iaitu Sijil Pos dari Pos Malaysia, dan bukti nilai barangan kiriman seperti resit.
- 4- Tunggu pengesahan aduan dari Pos Malaysia bersama nombor aduan untuk rujukan.
- 5- Pos Malaysia akan membuat siasatan ke atas punca kerosakan dan pengesahan barangan dihantar oleh Pos Malaysia. Pos Malaysia akan meneliti hasil siasatan dan, jika ada, pampasan akan dibayar kepada anda.
- 6- Jika anda tidak bersetuju dengan hasil siasatan Pos Malaysia, anda boleh membuat rayuan.
Moga informasi cara Semakan Tracking No Pos Laju Malaysia Secara Online ini dapat membantu anda dalam kehidupan seharian untuk lebih produktiviti dan menjimatkan masa.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Semakan Tracking No Pos Laju Malaysia Secara Online"
Posting Komentar