Selepas jerebu hampir pulih, kini di Singapura, penduduk bahagian barat melaporkan kawasan mereka pula dilanda hujan air batu sebesar syiling 20 sen dan 50 sen.
Hujan lebat bersama angin kencang dilaporkan berlaku sekitar pukul 3 petang tadi. Menurut penduduk, kawasan yang dilanda hujan batu termasuk Jurong dan Bukit Batok.
Ada yang mendakwa kejadian terbabit berlaku antara lima sehingga 10 minit.CARA PEMBENTUKAN HUJAN BATUAllah menyatakan di dalam Qur’an, di dalam Surah An-Nuur : 43, bahawa pembentukan awan membawa kepada hujan dan hujan air batu. Kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa hujan batu adalah faktor utama di dalam pembentukan kilat.
Hujan batu dihasilkan dalam awan kumulonimbus yang terkumpul menghasilkan titisan hujan beku yang besar, bertindak sebagai embrio dengan mengumpulkan cecair yang sangat sejuk, yang dipanggil ’accretion’. Di dalam awan terdapat pergerakan tekanan angin yang ganas, membawa embrio kecil ke atas paras beku. Apabila embrio melalui banyak kandungan cecair,ia menghasilkan salutan ais dikelilingnya dan menjadi semakin besar.
Selepas ais itu menjadi besar dan terlalu berat untuk ditampung, ia turun sebagai hujan air batu.Apabila ia mula jatuh, hujan batu mungkin terperangkap di dalam tekanan udara yang kuat lalu dibawa semula ke atas melalui pusingan yang sama semula. Di dalam hujan air batu yang besar, haba yang dilepaskan boleh mencairkan lapisan luar hujan batu. Hujan batu mampu melalui ’wet growth’ ataupun ‘pembesaran basah’ di mana cecair lapisan luar mengumpul hujan batu kecil yang lain.
PROSES HUJAN BATU MELALUI PERSPEKTIF QUR’AN
Pengenalan Qur’an menjelaskan banyak fenomena semulajadi yang hanya dapat ditemui atau dijelaskan oleh saintis melalui sains moden sejak 1400 tahun lalu lagi. Proses meteorologi bagi hujan batu turut dinyatakan di dalam Qur’an lama sebelum sains moden mampu menjelaskan bagaimana ia terjadi. Qur’an adalah satu bahan bacaan atau rujukan dalam bahasa Arab yang secara keseluruhannya paling sempurna.
Qur’an mengandungi panduan hidup dan moral yang suci kepada umat manusia terutamanya Muslim. Muslim menjadikan Qur’an sebagai bukti utama kenabian Muhammad. Berdasarkan pada buku ‘Meteorology Today by Ahrens hujan air batu adalah kepingan ais, samada lutsinar atau separuh telap yang bersaiz di antara sekecil kacang pea sehingga sebesar bola golf, sebahagiannya berbentuk bulat, sementara ada juga yang berbagai bentuk.
Ayat al-Quran yang menjelaskan pembentukan hujan air batu
(Surah An-Nuur : 43)
Terjemahannya: Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan - Sumber
Saksikan video kejadian hari ini di bawah ini
VIDEO 1 VIDEO 2
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "Gempar Hujan Air Batu Melanda Singapura 25 Jun 2013"
Posting Komentar