Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berharap skuad kebangsaan mampu memberikan persembahan cemerlang dalam saingan ini dan seterusnya mara ke Piala Dunia 2014 tahun depan.
Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan berprestij seperti Piala Dunia ialah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur manakala pencapaian terbaik skuad negara pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975.
Sebanyak 12 pasukan layak ke Piala Dunia dengan empat pasukan terbaik dipilih daripada kejohanan liga yang diadakan di sini dan empat pasukan lagi dari kejohanan di Belanda, satu slot untuk tuan rumah dan tiga lagi dipilih daripada juara benua.
Belum ada tanggapan untuk "Tarikh Kejohanan Liga Hoki Dunia 2013 Di Johor Bahru "
Posting Komentar